Shallom dan Salam Damai,
Pihak urus setia banyak menerima pertanyaan lokasi tempat Konvensi Diosis Ke-4 & Ulang Tahun Ke-40 PKK Keuskupan Keningau... maka dengan ini saya tunjukkan lokasinya dengan menggunakan Google Earth seperti di bawah ini...
Lokai tempat Konvensi ialah pada (A) berwarna merah di sebelah kiri foto di atas, untuk sampai ke tempat tersebut pihak penganjur akan menyediakan pikup center (Tempat berkumpul) iaitu di Gereja Katederal St. Francis Xavier (KSFX) Keningau yang terletak di Pekan Keningau.
Bas yang akan di gunakan akan dilekatkan dengan stiker khas dengan kos sekali perjalanan sebanyak RM2 seorang sahaja @ RM4 seorang pergi dan balik. Mereka yang menginap di hotel sekitar pekan Keningau yang tidak mempunyai kenderaan sendiri perlu berjalan kaki ke KSFX... kerana Bas pengangkutan hanya akan menunggu di tempat tersebut.
Anggaran masa perjalanan dari Pekan Keningau Ke SJK(C) Yuk Kong ialah sekitar 5 minit sahaja, dengan melalui jalan Tenom - Keningau.
Alamat :
SJK(C) Yuk Kong
Batu 27, Jalan Tenom-Keningau
Keningau, Sabah
Bagi memudahkan perhubungan boleh menghubungi,
AJK Kenderaan, Sdra. Bonny 017-8681543
Semoga maklumat ini akan membantu perjalanan anda.